Selasa, 11 Februari 2014

Terbang dengan Firefly berpeluang memenangi pakej percutian untuk dua orang bernilai RM30 000

Firefly tawar tambang satu hala pada harga promosi bermula RM 95

7 November 2012
Firefly
Firefly
KUALA LUMPUR - Firefly kini menawarkan tambang promosi satu hala bermula RM95 untuk laluan tempatan dan serantau, termasuk destinasi terbaharunya ke Hat Yai.
Tempoh tempahan ialah mulai sekarang hingga 18 November untuk perjalanan mulai 8 Jan, 2013 hingga 31 Mac, 2013.
Tiket boleh dibeli daripada laman sesawang Firefly di www.fireflyz.com.my, dan menerusi pusat panggilannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Firefly berkata penumpang yang menambah Perlindungan Perjalanan Firefly kepada perjalanan pergi balik mereka daripada sekarang hingga 6 Dis, 2012 berpeluang memenangi pakej percutian untuk dua orang bernilai RM30,000 untuk perjalanan pada 2013.

Peraduan "Terbang dengan Firefly untuk Menangi Percutian Anda" terbahagi kepada tiga fasa dua minggu sekali dengan tiga pemenang bertuah dipilih secara rambang untuk setiap fas.
Ketua pegawai eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata syarikat penerbangan itu melancarkan inisiatif ini sebagai tanda terima kasih kerana menggunakan Perlindungan Perjalanan Firefly.- Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar